Mengenai Power Impian


Pesanan dari Tuan Pengerusi

"Apabila anda bermula dari bawah, hanya arah ke atas sahaja yang ada. "
 

Bermatlamatkan tinggi, kecapilah impian anda dan anda akan mandapat ganjaran apa cara sekalipun. Inilah kepercayaan yang saya pegangi sejak hari pertama. Impian adalah intipati untuk berjaya, tetapi yang lebih penting adalah semangat, komitmen dan fokus yang akhirnya membawa kita ke arah tujuan hidup.

Jadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana telah mengambil langkah yang pertama. Saya juga turut bergembira kerana anda dalam perjalanan untuk menjadi pakar Pemasaran Pelbagai Tingkatyang berpotensi.

Kejayaan sebenarnya tiada jalan pintas.Dengan Power Impian, kami mempunyai pengalaman dan kepakaran untuk membantu anda

mencapai matlamat hidup anda. Halangan anda adalah halangan kami, sebagaimana kejayaan anda adalah kejayaan kami.

Selama bertahun-tahun, kita bekerja keras untuk membina sebuah syarikat dibanggai rakyat Malaysia. Sekarang usaha titik peluh

yang kami labur telah meletakkan anda di barisan pertama.

Apabila anda menyertai Power Impian , anda sememangnya mengambil bahagian dalam sesuatu yang lebih besar. Anda menjadi

sebahagian daripada kisah kejayaan yang terbukti dan dibina di atas impian.

Kini giliran anda! Inilah masanya untuk mencapai matlamat yang tinggi dan kerjaya yang menarik dengan Power Impian.

Selamat datang!

 

Y.M. Tengku Shamsulbhari bin Tengku Azman Shah, SMK.

Tuan Pengerusi

-Kumpulan Power Root

 

 


Power Impian

Power Impian International Sdn Bhd merupakan anak syarikat Kumpulan Power Root.

Ditubuhkan dengan visi yang dikongsi ke arah kecemerlangan,Power Impian telah

diamanahkan untuk merealisasikan cita-cita Kumpulan Power Root untuk menjadi pemain utama dalam Pemasaran Pelbagai Peringkat.

Dengan platform perniagaan yang kukuh, terdapat banyak peluang untuk mencapai kejayaan bersama.

Kami percaya bahawa pengedar kami akan mendapat manfaat kepakaran dan sumber yang tersedia untuk membantu mereka memenuhi impian mereka.

Ini seterusnya menyumbang kepada kekuatan Kumpulan Power Root sebagai perniagaan dan jenama.

Pada setiap langkah, pengedar kami akan menikmati kelebihan daya saing daripada;

i)Syarikat induk yang baik

ii)Pelan Ganjaran yang baik

iii)Produk-produk berkualiti pada harga yang berpatutan

iv)Program latihan yang lengkap dan rangkaian sokongan yang baik.

 

Kami mengharapkan penglibatan terbaik daripada anda!

 

SYARIKAT PEMEGANGAN POWER IMPIAN

POWER ROOT BERHAD (formerly known as Natural Bio Resources Berhad) (“Power Root”) adalah syarikat pemegangan untuk syarikat-syarikat Kumpulan Power Root, termasuk Power Impian.  Power Root telah ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Persyarikatan 1965 sebagai sebuah syarikat awam. Ia memiliki terbitan dan modal-berbayar sebanyak RM60,000,000 dan ketika ini tersenarai di Pasaran Utama Bursa Saham Malaysia, Bursa Malaysia  Securities Berhad.

Kumpulan Power Root terlibat dalam perniagaan pembuatan dan pengedaran minuman sedia diminum (“RTD”) kopi, teh RTD, minuman coklat malta RTD, bijirin dan minuman tenaga.  Produk-produk Kumpulan Power Root di bawah jenama seperti Alicafe, Per’l Cafe, Oligo, Alitea dan Power Root.  Semua jenama ini adalah dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan Power Root.

Hari ini, Kumpulan Power Root mengeksport produk-produknya ke 18 buah negara iaitu Singapura, Amerika Syarikat, Taiwan, Korea Selatan, Brunei, Emiriah Arab Bersatu (“UAE”), Republik China, Baharin, Qatar, Oman, Arab Saudi, Indonesia, Syria, Kuwait, Yemen, Jordan, Mesir dan Lebanon.  Seterusnya, produk-produk Power Root juga dieksport-kembali oleh pengedar/pedagang seberang laut yang lain dan juga boleh didapati di Sudan, Australia, United Kingdom dan Filipina.

Ibupejabat dan kilang pembuatan milik Kumpulan Power Root terletak di Plentong, Johor Bahru.Kilang dan juga gudang ini dibina di atas sebidang tanah seluas 18 ekar. Kumpulan Power Root menggunakan mesin-mesin canggih untuk pembuatan minuman RTD dan minuman tin.Tambahan lagi, kilang ini mendapat tauliah HACCP dan GMP dan ia juga memiliki pentauliahan ISO 9001 : 2008 dan ISO 22000 : 2005.  Sebagai peserta industri Fast Moving Consumer Goods (“FMCG”), Kumpulan Power Root memahami betapa perlunya menyediakan kepastian dan keyakinan penggunanya bahawa produk-produknya berkualiti tinggi.  Jualan Kumpulan Power Root telah mencecah setinggi RM178 juta. Ini dengan sendirinya adalah satu testimoni keyakinan pengguna terhadap produk-produk Power Root.

Dengan asas yang kukuh dan piawaian lengkap, Power Impian akan berpegang pada sokongan disediakan oleh Kumpulan Power Root untuk menjadikan usaha niaga MLM ini satu kejayaan kepada kedua-dua pihak iaitu para Associate dan Syarikat.


Ibupejabat dan kilang pembuatan milik Kumpulan Power Root yang seluas 18 ekar dan terletak di Plentong, Johor Bahru.